PUTRAJAYA – Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pantai Sepang Putra, Selangor diarah untuk tidak mengadakan aktiviti perhimpunan dalam masa terdekat berikutan jangkitan wabak Influenza B.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin dalam kenyataan semalam berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sepang mengeluarkan arahan itu susulan laporan seramai 18 murid di sekolah terbabit dikesan dijangkiti wabak itu.
“KPM turut meminta ibu bapa atau penjaga agar melaporkan dengan segera kepada pihak sekolah sekiranya murid di bawah jagaan mereka terkena wabak itu,” katanya.
Memuatkan artikel berkaitan…
Ikuti berita selanjutnya di akhbar KOSMO! hari ini.











