Lima termasuk seorang kanak-kanak terbunuh dua kenderaan bertembung - Utusan Malaysia

Lima termasuk seorang kanak-kanak terbunuh dua kenderaan bertembung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAUB – Lima terbunuh manakala tiga lagi parah dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Kilometer 348 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu berhampiran Simpang Sungai Ruan, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.45 pagi itu, dua mangsa yang menaiki Perodua Myvi dan tiga lagi berada dalam Perodua Kancil meninggal dunia di lokasi kejadian.

Tiga mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Nasrul Fakhri Mansor, 38, Hasliza Arini Muhamad@Hamid, 34, dan Muhammad Khalish Kautsar Mohd. Syaril, 2 manakala identiti dua lagi mangsa belum dikenal pasti.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, kejadian berlaku apabila kereta Perodua Kancil yang dipandu oleh Nasrul Fakhri dari arah Kota Bharu telah hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan.

kemalangan
Nasrul Fakhri (gambar kecil kiri) dan Hasliza Arini (gambar kecil kanan), antara mangsa yang dikenal pasti maut dalam kemalangan tersebut.

 

“Kereta Perodua Myvi yang dipandu oleh Mohd. Syaril Sulaiman, 44, yang datang dari arah Raub tidak sempat mengelak lalu bertembung dengan Perodua Kancil terbabit.

“Akibat pertembungan itu, beberapa mangsa tersepit di dalam kedua-dua kenderaan terbabit menyebabkan lima daripadanya meninggal dunia dan tiga lagi parah,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati pemandu Perodua Kancil didapati mengantuk dan hilang kawalan sehingga masuk ke laluan bertentangan.

“Semua mangsa yang maut dihantar ke Hospital Raub untuk dibedah siasat manakala tiga lagi mangsa cedera parah turut dirujuk ke hospital yang sama,” ujarnya.

Beliau memberitahu, pihak polis telah mendapatkan keterangan awal daripada saksi kejadian dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini