Malaysia Future School terap nilai murni kepada belia - Utusan Malaysia

Malaysia Future School terap nilai murni kepada belia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Malaysia Future Leaders School (MFLS) diwujudkan mengikut prinsip Japan Future Leaders School tetapi disesuaikan dengan landskap dan acuan Malaysia, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, melalui program itu, sifat kepimpinan dan nilai murni akan diterapkan dalam diri anak muda bagi mengukuh dan menyerlahkan lagi potensi mereka untuk menjadi pemimpin hebat masa hadapan.

“Yang menentukan kejayaan ialah nilai hidup yang baik yang dijadikan budaya oleh seseorang atau sesuatu kaum sehingga ia menjadi satu cara hidup atau a way of life bagi sesuatu bangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Harapan kita penerapan nilai-nilai yang baik ketika mereka masih muda akan dapat mereka hayati dan jadikan budaya kehidupan mereka,” kata beliau pada perasmian Malaysia Future Leaders School di Universiti Malaya di sini malam ini.

Turut hadir isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini