Lang Merah mengganas di Alor Setar - Utusan Malaysia

Lang Merah mengganas di Alor Setar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Mei – Kebangkitan hebat yang dipamerkan Lang Merah pada babak kedua membolehkan mereka membenam Kuala Lumpur 5-2 sebentar tadi, sekali gus memintas Selangor di tangga ketiga saingan Liga Super.

Kedah yang gagal memenangi dua perlawanan liga terakhir mereka, menunjukkan keazaman tinggi untuk memenangi perlawanan di Stadium Darul Aman apabila melancarkan serangan bertali arus sebaik sahaja permainan bermula.

Percubaan demi percubaan yang dilancarkan tuan rumah akhirnya menghasilkan gol pertama apabila penyerang kelahiran Argentina, Jonathan Bauman meledak jaringan pembukaan pada minit ke-22, sebelum pertahanan Singapura, Shakir Hamzah menggandakan kedudukan 2-0, di minit ke-42.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketika separuh masa pertama menunggu masa untuk ditamatkan, penyerang legenda, Indra Putra Mahayuddin merapatkan jurang membolosi gawang Lang Merah untuk kedudukan 2-1.

Sebaik sahaja babak kedua bersambung, Kedah terus agresif mencari gol ketiga, dan Fernando Rodriguez menceriakan penyokong tuan rumah apabila meledak gol ketiga pada minit ke-68.

Skuad The City Boys bagaimanapun mencemaskan Kedah sekali lagi apabila merapatkan jurang 2-3, kali ini menerusi bintang penyerangnya, Guilherme de Paula pada minit ke-78.

Sebarang percubaan Kuala Lumpur untuk bangkit mengejar Kedah bagaimanapun padam, 10 minit menuju penghujung permainan apabila dua gol dalam tempoh seminit menerusi Bauman dan Rodriguez memastikan Lang Merah berpesta gol 5-2.

Kedudukan Kedah di tangga ketiga bagaimanapun mampu dipintas semula oleh Selangor sekiranya skuad bimbingan B. Sathianathan itu menewaskan Melaka United di Stadium Hang Jebat, esok.

Kemenangan ini pastinya menaikkan semangat Kedah untuk berdepan PKNS FC dalam suku akhir kedua Piala FA, Jumaat ini. Anak-anak buah Aidil Sharin Sahak itu sebelum ini menang 3-1 pada saingan pertama. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini