Wanita sediakan 420 cawan cappuccino dalam satu jam - Utusan Malaysia

Wanita sediakan 420 cawan cappuccino dalam satu jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU BRIBIE, Australia – Seorang barista kedai kopi mencipta rekod baharu apabila berjaya menyediakan 420 cawan kapucino dalam masa satu jam di sini baru-baru ini, lapor laman rasmi Guinness World Records.

Liza Thomas disahkan mencipta rekod dunia baharu dengan menyediakan minuman kopi itu dalam 420 cawan bersaiz 142 mililiter setiap satu.

Tahun lalu, Honduras berjaya mencatatkan rekod Guinness untuk cawan kopi terbesar dan acara meminum kopi terbesar di dunia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Thomas cuba mencipta rekod tersebut sempena pembukaan kafe baharu di Kelab RSL di sini dikenali sebagai Social Cafe.

Pengadilan untuk rekod tersebut dikawal ketat dengan syarat menggunakan mesin kopi komersial biasa dengan empat cawan disediakan dalam setiap kitaran sepanjang satu jam tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini