Maybank IB terbitkan lapan waran opsyen beli - Utusan Malaysia

Maybank IB terbitkan lapan waran opsyen beli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Mei – Maybank Investment Bank Bhd. (Maybank IB) menerbitkan lapan waran opsyen beli bagi penyelesaian tunai ala Eropah ke atas saham biasa Dialog Group Bhd., Gamuda Bhd., IJM Corporation Bhd., Malaysian Resources Corporation Bhd. (MRCB), Mega First Corporation Bhd., Sunway Bhd., UEM Sunrise Bhd. dan YTL Corporation Bhd. dengan saiz terbitan RM100 juta setiap satu.

Menurut Maybank IB, waran opsyen beli itu masing-masing bagi tempoh 11 bulan telah disenaraikan hari ini.

Katanya, penyambungan kerja bagi pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dijangka menjadikan sektor pembinaan lebih positif.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dengan 40 peratus daripada projek itu dijangka diberikan kepada kontraktor Malaysia, struktur ECRL yang disemak semula itu memberi bayangan akan menawarkan kerja-kerja bernilai RM17.6 bilion, berbanding RM10 bilion di bawah struktur sebelumnya.

“Ini menawarkan peluang untuk menambah nilai kontrak bagi sektor yang mempunyai kontraktor berpengalaman dalam pembangunan kereta api yang muncul sebagai penerima utama yang berpotensi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Selain itu, kemajuan bagi projek Transit Aliran Massa (MRT) Laluan 2 Lembah Klang (KVMRT 2) dijangka merangsang pemulihan permintaan secara meluas pada separuh kedua 2019 untuk sektor bahan binaan dalam tempoh pembinaan projek. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini