Kelab sukan dan rekreasi tawar khidmat GRO diserbu Jabatan Imigresen - Utusan Malaysia

Kelab sukan dan rekreasi tawar khidmat GRO diserbu Jabatan Imigresen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 3 Mei – Sebuah premis hiburan berkonsepkan bistro di kawasan Bukit Mertajam di sini yang turut menawarkan perkhidmatan gadis pelayan pelanggan (GRO) warga asing diserbu Jabatan Imigresen negeri kelmarin.

Premis hiburan itu yang sebelum ini licik menyembunyikan kegiatan mereka disebalik nama kelab sukan dan rekreasi diserbu oleh anggota Bahagian Penguatkuasa Imigresen negeri kira-kira pukul 11 malam.

Ketua Bahagian Penguatkuasa Imigresen negeri, Kholijah Muhammad berkata, dalam serbuan itu seramai 32 orang warga asing telah diperiksa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Seramai 20 wanita warga asing yang disyaki menjalankan aktiviti tidak bermoral dan dua pekerja warga asing telah berjaya ditangkap.

“Mereka didapati gagal mengemukakan dokumen perjalanan atau pasport serta tidak mempunyai pas yang sah untuk berada di negara ini serta melanggar syarat-syarat pas,” katanya di sini hari ini.

Menurut Kholijah premis yang diserbu itu juga didapati mempunyai laluan rahsia bagi membolehkan wanita-wanita berkenaan melarikan diri.

“Pusat hiburan berkenaan pernah diserbu Jabatan Imigresen sebelum ini namun kehadiran pihak berkuasa telah dihidu oleh tonto menyebabkan serbuan yang dijalankan gagal,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini