Abdul Hamid KPN baharu - Utusan Malaysia

Abdul Hamid KPN baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Mei – Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador dengan rasminya dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Beliau yang juga Pengarah Cawangan Khas akan menggantikan Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang bersara wajib, esok.

Majlis serah terima tugas jawatan tertinggi dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu disaksikan oleh Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin di Dewan Tan Sri Khalid Abu Bakar, Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Majlis tersebut turut menyaksikan penyerahan dokumen serah terima tugas Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman antara Abdul Hamid kepada Datuk Seri Ramli Hassan yang akan memangku jawatan berkenaan.

Dalam pada itu, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman turut menyaksikan penyerahan dokumen antara Datin Seri Norazrin Marzuki yang dilantik sebagai Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Malaysia dan Datin Mahizah Abdul Malik yang memangku jawatan Pengerusi Perkep Cawangan Khas. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini