Bina kemahiran berkomunikasi melalui medium penyiaran - Utusan Malaysia

Bina kemahiran berkomunikasi melalui medium penyiaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAHIRAN berkomunikasi adalah elemen penting yang perlu ada dan
dikuasai oleh setiap pelajar sama ada bagi memenuhi keperluan ketika proses
pelajaran, persiapan untuk menempuh alam pekerjaan ataupun dalam interaksi sosial.

Mengambil kira kepentingan tersebut, Persatuan Pelajar Penyiaran atau The Cast dari
Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau membawakan inisiatif khusus bagi
membantu pelajar sekolah untuk menerapkan dan memperkukuhkan kemahiran
insaniah atau soft-skills ini.

Dijenamakan sebagai program ‘Shaping Young Broadcaster’ (SYB), SMK Tunku
Besar Tampin, Negeri Sembilan telah dipilih sebagai lokasi usahasama The Cast bagi
mendekati barisan kepimpinan pelajar daripada Tingkatan 3-6.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut pensyarah FKPM yang juga penasihat program, Nurul Aishah Ab Raman, keunikkan program SYB ini terletak kepada pendekatan yang digunakan iaitu melalui kaedah lazim dalam dunia penyiaran.

UiTM
Ketua Pusat Pengajian FKPM Kampus Rembau, Wan Admiza Wan Hassan (tiga dari kanan) dan Penasihat Program SYB,
Nurul Aishah Ab Raman (dua dari kanan) bersama pihak sekolah SMK Tunku Besar Tampin serta barisan penasihat kelab
The Cast.

Tambahnya, kaedah ini berbeza kerana kita sering dengar program seperti ini yang
hanya menekankan kepada penyampaian ceramah yang bersifat komunikasi sehala
dengan penglibatan minimum daripada peserta, namun SYB dilengkapi dengan
peralatan-peralatan khas penyiaran memberikan peluang merasai sendiri dunia penyiaran tersebut.

“Uniknya SYB ini kita kendalikan dengan empat simulasi yang biasa digunakan dalam
dunia kewartawanan penyiaran seperti standupper, penyampaian berita, penyampaian radio dan pengendalian sidang media bagi memberikan pendedahan kepada teknik berkomunikasi selain membina keyakinan diri mereka untuk bercakap di khalayak ramai,” katanya mengenai keistimewaan program SYB baru-baru ini.

Nurul Aishah Ab Raman (kanan) sedang berinteraksi bersama pelajar SMK Tunku Besar Tampin
Nurul Aishah Ab Raman (kanan) sedang berinteraksi bersama pelajar SMK Tunku Besar Tampin dalam salah satu simulasi yang diadakan sempena program Shaping Young Broadcaster baru-baru ini.

Sementara itu, Ketua Pusat Pengajian FKPM, Wan Admiza Wan Hassan berkata,
meskipun cara program ini tampak seperti niche kepada bidang penyiaran, teknik dan
ilmu asas dalam seni komunikasi itu masih menjadi keutamaan dan matlamat program
yang boleh digunapakai oleh pelajar di semua peringkat pengajian.

SYB telah melibatkan seramai 40 pelajar sekolah manakala 50 lagi terdiri daripada
mahasiswa dan staf FKPM Kampus Rembau.

Program selama satu hari itu turut dihadiri dengan barisan guru SMK Tunku Besar Tampin dan wakil daripada pejabat parlimen Tampin. SYB dengan tema “The Cast Mastery” anjuran The Cast ini adalah salah satu aktiviti tahunan kelab untuk meningkatkan “engagement” bersama komuniti
setempat selain memupuk semangat kepimpinan dan sukarelawan dalam kalangan pelajarnya.

Sebelum ini, SYB The Cast mendekati Rumah Kanak-kanak Rembau dengan tema ‘Broadcast Philantrophies’ yang turut mendapat sambutan menggalakkan.-UTUSAN ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini