Rakyat Sudan berhimpun besar-besaran di luar ibu pejabat tentera - Utusan Malaysia

Rakyat Sudan berhimpun besar-besaran di luar ibu pejabat tentera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KHARTOUM 2 Mei – Rakyat Sudan mula berkumpul di luar ibu pejabat tentera bagi perarakan ‘kekuatan berjuta’ untuk menekan bagi pentadbiran awam selepas perbincangan dengan pemerintah tentera bermasalah, di sini hari ini.

Kedua pihak bersetuju menubuhkan majlis bersama tentera-awam untuk memerintah Sudan namun pertikaian berlaku mengenai komposisi keanggotaan.

Tujuan majlis bersama itu bagi menggantikan 10 ahli majlis tentera yang memerintah selepas rampasan kuasa dilakukan terhadap Presiden Omar al-Bashir pada tiga minggu lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, pihak tentera mendesak daripada 10 ahli majlis, tujuh diwakili tentera dan tiga awam.

Justeru itu, pemimpin protes daripada Pakatan Kebebasan dan Perubahan memberitahu, jeneral tidak serius untuk menyerahkan kuasa kepada awam.

Pakatan itu meminta majlis terdiri daripada lapan wakil awam dan tujuh tentera. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×