Misi hidup mati skuad negara  - Utusan Malaysia

Misi hidup mati skuad negara 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Skuad FIT Touch Terbuka Campuran (TC) negara misi hidup dan mati menjelang dua aksi terakhir Kumpulan B berdepan Taiwan dan Wales pada Kejohanan Piala Dunia FIT Touch 2019 di Taman Ekuestrian Putrajaya esok.

Setakat hari keempat kejohanan hari ini, skuad kendalian Mohd. Ehsan Manan masih gagal meraih kemenangan pertama apabila sekadar menghuni tangga kedua tercorot Kumpulan B.

Kemarau kemenangan skuad negara dilihat masih terus berpanjangan apabila mudah dijinakkan Ireland 2-6 dan Papua New Guinea 3-22 dalam dua aksi hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Justeru, Mohd. Ehsan menuntut kebangkitan anak-anak buahnya untuk melakar kejutan bagi menutup kempen kejohanan dengan kemenangan menjelang pertemuan berdepan Taiwan dan Wales esok.

“Berdasarkan rekod pertemuan dengan dua pasukan ini dalam aksi persahabatan lalu, peluang kami meraih kemenangan dilihat lebih cerah ke atas Taiwan berbanding Wales.

“Jadi, kami perlu bermain bermati-matian jika tidak mahu mengakhiri kejohanan tanpa sebarang kemenangan,” katanya.

Sementara itu, hasrat wakil negara dalam kategori Terbuka Wanita (TW) bagi memburu kemenangan kedua juga tidak kesampaian apabila tumpas kepada Papua New Guinea 1-16 dan Perancis 1-10 petang tadi.

Ia merupakan kekalahan kelima skuad negara selepas tewas tiga perlawanan awal sebelum ini meskipun berjaya mengejutkan gergasi Asia Tenggara, Filipina dengan kemenangan tipis 4-3 kelmarin.

Esok, skuad Wanita Terbuka negara yang kini menghuni tangga kelapan Kumpulan B dijadualkan berdepan Singapura dan Belanda dalam dua aksi terakhir kumpulan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini