Pasangan Korea, Thailand parah kereta langgar pokok - Utusan Malaysia

Pasangan Korea, Thailand parah kereta langgar pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 2 Mei – Seorang lelaki warga Korea dan seorang wanita Thailand cedera parah selepas kereta Sedan dinaiki terbabas lalu melanggar sebatang pokok di Mydin Mutiara Rini, Skudai di sini pukul 12.14 tengah malam tadi.

Mangsa lelaki Korea, Afanasiy Rafaelli, 30-an dan wanita Thailand dikenali sebagai Taenporn, 25, tersepit di tempat duduk masing-masing sebelum orang awam menghubungi pihak bomba untuk bantuan.

Ketua Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Inggai Anak Bakau berkata, 12 anggota bersama-sama dua jentera termasuk satu Unit Perhidmatan Bantuan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pihak bomba mengambil masa lebih dua jam untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa, operasi tamat pukul 2.10 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi.

 

Katanya, semasa diselamatkan mangsa wanita berkenaan memaklumkan sakit pada bahagian dalam badan.

Tambahnya, identiti mangsa tidak diperoleh secara penuh kerana tiada dokumen pengenalan ditemukan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini