Kontraktor rugi RM3,000 - Utusan Malaysia

Kontraktor rugi RM3,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 1 Mei – Seorang kontraktor kerugian RM3,000 akibat dipedaya dengan tawaran rakan kongsi perniagaan untuk kerja penghantaran bahan binaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, pada 4 Januari lalu, mangsa yang berusia 42 tahun menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp daripada seorang individu yang mahu membeli sebuah lori berharga RM80,000 bagi tujuan perniagaan penghantaran bahan-bahan binaan.

Setelah mengadakan perbincangan bersama, katanya, individu berkenaan mengajak mangsa menjadi rakan kongsinya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Suspek meminta mangsa memberikan wang modal untuk membeli lori berjumlah RM3,000 kepadanya untuk membayar deposit RM20,000 bagi pembelian lori tersebut.

“Individu itu juga menjanjikan pulangan wang kepada mangsa sebanyak 15 peratus daripada jumlah hasil perniagaan setiap bulan. Mangsa berminat dan bersetuju untuk menyertai tawaran itu dan membuat bayaran sebanyak dua transaksi kepada suspek dengan jumlah keseluruhan RM3,000,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Wazir berkata, pada 13 Januari lalu, suspek meminta mangsa membuat bayaran RM1,000 lagi bagi urusan mendapatkan permit lori tetapi kontraktor itu enggan berbuat demikian.

“Suspek memberitahu lori sudah ada namun sehingga Mac lalu pengadu tidak mendapat perkembangan lanjut perniagaan yang ditawarkan oleh suspek dan lori yang dibeli juga gagal ditunjukkan kepada mangsa.

“Mangsa mengesyaki suspek menipunya dan menggunakan wang yang diserahkan itu untuk kegunaan peribadinya. Setiap kali mangsa bertanyakan tentang lori yang ingin dibeli itu, suspek memberikan pelbagai alasan,” katanya.

Menurutnya, berasa dirinya ditipu, mangsa membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) di sini semalam.

Jelasnya, siasatan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini