LONDON 1 Mei – Ederson menafikan sekeras-kerasnya bahawa dia menyokong gerakan Tommy Robinson selepas gambar penjaga gawang City bersama aktivis politik berhaluan kanan Britain itu tersebar di laman Twitter.
Robinson atau nama sebenarnya Stephen Yaxley-Lennon akan bertanding sebagai calon semasa pilihan raya parlimen Eropah walaupun bakal berdepan hukuman penjara maksimum dua tahun kerana kes melibatkan dirinya sedang dibicarakan di mahkamah.
Gambar Ederson bersama Robinson dimuat naik di laman Twitter oleh pemilik akaun bernama Danny Tommo.
“Tommy Robinson bertemu anak emas city, @edersonmoraes93 malam semalam, dia menyokong penuh pasukan itu sepanjang dia berada di Manchester,” kata Tommo menerusi keterangan gambar yang dimuat naik di laman Twitter itu.
Bintang Brazil itu membalas kenyataan itu dengan menyifatkan Tommo sebagai peipu selepas dia menjelaskan bahawa dia sama sekali tidak mengenai Robinson.
“Ramai orang mengingatkan saya mengenai Robinson.
“Saya sama sekali tidak menyokong idea lelaki ini. Dia hanya bergambar bersama saya. Saya sama sekali tidak kenal lelaki ini,” katanya.-AGENSI











