Pelajar tingkatan dua disyaki curi motosikal ditahan - Utusan Malaysia

Pelajar tingkatan dua disyaki curi motosikal ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU GAJAH 1 Mei – Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun ditahan setelah disyaki terbabit dalam kegiatan curi motosikal di sini semalam.

Tangkapan pada pukul 5.10 petang menerusi Op Lejang itu dilakukan oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, bertindak atas maklumat, pelajar tingkatan dua itu ditahan ketika sedang menunggang sebuah motosikal jenis Honda C70 berwarna biru.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, remaja itu bagaimanapun cuba melarikan diri sehingga motosikal yang ditunggangnya terlanggar seorang anggota polis namun dia akhirnya berjaya ditahan.

“Dalam kejadian itu, anggota terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan. Pemeriksaan lanjut mendapati enjin motosikal berkenaan telah dicanai atau diusik.

“Suspek didapati tidak mempunyai rekod jenayah lampau namun siasatan lanjut diteruskan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan iaitu curi kenderaan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini