Jentera Hafizh akan guna komponen baharu - Utusan Malaysia

Jentera Hafizh akan guna komponen baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PELUMBA negara, Hafizh Syahrin Abdullah bakal menggunakan komponen baharu pada jentera Red Bull KTM Tech3 menjelang perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) yang akan berlangsung pada Grand Prix (GP) Sepanyol hujung minggu ini.

Sabtu lalu, pasukan Red Bull KTM Factory Racing telah melakukan ujian tertutup di Le Mans bersama tiga pelumba iaitu Pol Espargaro, Johann Zarco dan pelumba ujian, Mika Kallio dalam misi mendapatkan pelarasan lebih baik menjelang perlumbaan di Jerez nanti.

Pembaharuan tersebut turut dilakukan pada pasukan satelit iaitu Tech3 selepas prinsipal pasukan, Herve Poncharal mengakui bahawa pasukannya akan menguji sesuatu yang baharu terhadap jentera KTM RC16 minggu ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hafizh telah melakukan sesi ujian pada November lalu di Jerez dan ketika ini saya rasa dia (Hafizh) sudah mula memahami jentera KTM RC16 dengan lebih baik serta bersemangat untuk menunjukkan potensi serta bakatnya pada minggu ini.

“Kami jangka terdapat persaingan sengit antara Miguel Olivera dan Hafizh. Saya harap kedua-dua mereka mampu lebih agresif di Jerez nanti. Pada Isnin (kelmarin), kami membuat ujian dan KTM bakal memberikan kami sesuatu yang baharu untuk dicuba malah ia merupakan sebahagian daripada proses evolusi.

“Sudah pasti kami sangat bersemangat, tidak sabar dan teruja untuk menguji komponen baharu tersebut. Saya harap kami mampu melakukan yang terbaik bermula sesi latihan bebas pertama nanti,” katanya.

Selepas tiga perlumbaan, Hafizh masih belum mengumpul sebarang mata manakala rakan sepasukannya, Oliveira sudah mengutip tujuh mata dalam carta pelumba kelas MotoGP.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini