94 peratus lepasan TVET dapat kerja - Utusan Malaysia

94 peratus lepasan TVET dapat kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN 1 Mei – Kebolehpasaran kalangan lepasan bidang latihan pendidikan teknikal dan vokasional (TVET) dalam pelbagai lapangan kerjaya cukup membanggakan yang kini mencapai 94 peratus.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar berkata, kebanyakan mereka sudah ditawarkan pekerjaan sebelum menamatkan pengajian berdasarkan kualiti yang mereka miliki.

Menurutnya, situasi itu membuktikan TVET bukan lagi pilihan terakhir bagi pelajar melanjutkan pengajian kerana pelajar cemerlang di sekolah juga turut memilih bidang itu untuk menyambung pengajian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dengan perkembangan industri sekarang ini, mereka memerlukan orang yang berkemahiran, jadi TVET adalah pilihannya.

“Kalau ada ijazah dan dia juga ada kemahiran iaitu ada sijil TVET, pihak industri akan lebih mudah untuk menerima mereka,” katanya selepas merasmikan Pertandingan Projek Inovasi dan Kreativiti TVET (TICPRO 19) anjuran Pusat Latihan Teknologi Tinggi (Adtec) Kemaman di Payoh, semalam.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia, Zaihan Shukri dan Pengarah Adtec Kemaman, Abdul Halim Abd. Rahman.

Mahfuz berkata, TVET perlu dijadikan pilihan utama memandangkan industri sentiasa menantikan golongan mahir dalam bidang tersebut.

“Kerajaan juga komited untuk melahirkan lebih ramai tenaga mahir seiring dengan negara maju lain dan kita akan terus perkasakan institusi kemahiran,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini