Anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menunjukkan gading gajah yang dirampas pada Majlis Pelupusan Barang Kes Gading Gajah di Pusat Kualiti Alam.
Sebanyak 3.92 tan gading gajah bernilai RM13.26 juta hasil daripada 15 rampasan dilakukan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan agensi lain sejak 2011 hingga 2017 di lapangan terbang dan pelabuhan di negara ini. Pelupusan barang kes tersebut menggunakan kaedah pembakaran iaitu sistem insinerator melalui teknologi tanur berputar (rotary klin) yang beroperasi pada suhu melebihi dari 1,000 darjah celcius.
Memuatkan artikel berkaitan…











