Jangan bangkitkan kemarahan orang Islam - Utusan Malaysia

Jangan bangkitkan kemarahan orang Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 April – Mana-mana pemimpin politik di negara ini dinasihatkan supaya tidak membuat apa-apa kenyataan atau tindakan yang boleh menyentuh sensitiviti dan membangkitkan kemarahan orang Islam.

Timbalan Presiden Institut Pemikiran Tradisional Islam (IPTI), Ismail Mina Ahmad berkata, sepatutnya pemimpin politik yang sudah tinggal lama dan bergaul sesama masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini sudah tahu batas sensitiviti terutamanya buat masyarakat Melayu dan Islam.

Sehubungan itu, kenyataan yang dikeluarkan Ahli Jawatankuasa DAP Perak, Nga Hock Cheh supaya status agama digugurkan dari kad pengenalan dilihat sebagai satu siri provokasi kepada umat Islam di negara ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Adakah ini satu agenda terancang untuk menguji orang Islam? Ini tidak boleh diterima dan sebagai seorang ahli politik yang duduk dalam (negara) yang pelbagai agama tidak boleh bercakap seperti ini. Dia perlu fikir banyak kali supaya tidak timbul kemarahan orang Islam.

“Apabila orang Islam marah, keharmonian kita ditakuti hancur,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Hock Cheh berkata demikian dalam sidang Dewan Negara Rabu lalu dan mendakwa identiti agama pada kad pengenalan menyebabkan negara ini tidak dapat mencapai perpaduan kaum.

Mengulas perkara tersebut, Ismail Mina menolak status agama pada kad pengenalan menyebabkan perpaduan kaum di negara retak kerana selama lebih 60 tahun negara ini merdeka, tidak ada konflik besar melibatkan kaum kecuali beberapa insiden yang telah diatasi.

Kata beliau, status agama pada kad pengenalan mempunyai banyak kegunaan terutamanya bagi umat Islam kerana banyak amalan dalam agama Islam bersifat eksklusif kepada umat Islam sahaja.

“Contohnya, kalau ada kecemasan seperti kemalangan melibatkan kematian, dengan status agama dalam kad pengenalan kita tahu, urusannya begini. Kedua, ketika mahu berkahwin sebab nama tak boleh kira, macam-macam nama dah orang Melayu (guna). Jadi dengan kad pengenalan, identiti itu jelas.

“Begitu juga dalam urusan pewarisan (harta). Satu lagi di Malaysia ini, nak masuk masjid. Kalau tiada (perisytiharan) status (pada kad pengenalan), bagaimana kita nak tahu dia Islam atau bukan Islam?” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini