Penyu sedia calar rekod gah Tok Gajah - Utusan Malaysia

Penyu sedia calar rekod gah Tok Gajah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 30 April – Kebangkitan yang dipamerkan Terengganu FC (TFC) dalam tiga aksi terakhir, selain pulihnya kembali prestasi ayam tambatan mereka, Kipre Tchetche membolehkan skuad Penyu menerima kunjungan juara bertahan, Pahang pada suku akhir pertama Piala FA esok bersama keyakinan tertinggi.

Pengendali skuad Penyu, Irfan Bakti Abu Salim percaya anak-anak buahnya berada pada tahap keyakinan tertinggi untuk memburu kemenangan di Stadium Sultan Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu selepas menewaskan PJ City FC (2-1) dan Felda United (2-1) dalam dua saingan terakhir Liga Super, selain mengalahkan Kelantan United 3-1 pada pusingan ketiga Piala FA.

Kejayaan penyerang kelahiran Ivory Coast, Tchetche meledak empat gol dalam tiga perlawanan (semua pertandingan) juga meningkatkan lagi keyakinan Irfan Bakti untuk meraih bekalan terbaik di Kuala Terengganu sebelum bertandang ke Kuantan dalam aksi timbal balik, 10 Mei depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tegas Irfan Bakti, kekalahan 0-3 kepada Pahang dalam aksi Liga Super, Februari lalu tidak membawa sebarang perbezaan kerana saingan liga dan Piala FA adalah dua pentas berbeza.

“Memang kita tewas dalam perlawanan liga sebelum ini tetapi saya yakin kami mampu bangkit pada saingan Piala FA kerana pemain juga sudah mula menunjukkan peningkatan.

“Saya tidak berminat melihat kepada rekod kerana corak permainan sesebuah pasukan berbeza, apatah lagi kami memasuki peringkat suku akhir Piala FA. Semangat pemain juga semakin membara,” katanya.

Sementara itu, perancang utama TFC, Lee Tuck percaya, rekod kebal Pahang yang tidak pernah kalah dalam 11 perlawanan Liga Super musim ini tidak sedikitpun menggerunkan mereka.

“Pahang mengharungi musim yang hebat tetapi Terengganu sudah kembali.

“Kami akan memenangi perlawanan dan bermain dengan sikap yang betul, berjuang, bekerja keras dan terus menyerang untuk menang.

“Kami mempunyai cabaran besar malam esok dan saya mahukan sokongan yang kuat di belakang kami. Kami amat memerlukan bantuan pemain ke-12 untuk memenangi perlawanan penting ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini