Perdagangan dua hala Taiwan-Malaysia meningkat RM98.14 bilion pada 2018 - Utusan Malaysia

Perdagangan dua hala Taiwan-Malaysia meningkat RM98.14 bilion pada 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 April – Perdagangan dua hala antara Taiwan dan Malaysia mencatatkan pertumbuhan sebanyak 22.1 peratus dengan nilai dagangan berjumlah AS$23.75 bilion (RM98.14 bilion) pada tahun lepas, kata Pengarah Pusat Perdagangan Taiwan, Tasha Hsiao.

Beliau berkata, sebahagian besar daripada perdagangan itu dipacu oleh industri berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta teknologi berasaskan perkhidmatan yang mendapat permintaan tinggi seperti permainan mudah alih.

“Malaysia merupakan 10 negara teratas sebagai destinasi pelaburan yang strategik dan perdagangan untuk Taiwan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagi kami syarikat dan pemain industri Taiwan perlu bergerak dengan lebih agresif untuk menembusi pasaran sedia ada,” katanya selepas menghadiri ekspo Taiwan Excellence Hi-Tech Week di sini hari ini.

Katanya, dengan adanya hubungan antara kedua-dua negara syarikat Taiwan serta pemain industri dalam sektor inovasi dan teknologi digesa untuk memanfaatkan potensi pasaran di Malaysia.

“Syarikat Taiwan telah membuat pelaburan di Malaysia dengan membuka pejabat di negara ini seperti yang terdapat di Pulau Pinang yang membuktikan minat dan kepercayaan pelabur dari Taiwan terhadap pasaran di negara ini,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini