Parlimen baharu Israel angkat sumpah - Utusan Malaysia

Parlimen baharu Israel angkat sumpah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS 30 April – Parlimen baharu Israel akan mengangkat sumpah hari ini selepas selesai pilihan raya umum pada 9 April lalu, yang menyaksikan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu mengekalkan kemenangannya buat penggal kelima berturut-turut.

Netanyahu bagaimanapun sehingga kini belum membentuk kerajaan campuran baharu.

Parlimen Israel atau Knesset dijangka akan berdepan ‘sesi yang tegang’ ketika membincangkan isu berkaitan agama dan hal ehwal dalaman selain cadangan untuk melindungi Netanyahu daripada didakwa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Netanyahu berdepan dakwaan penipuan, rasuah dan pecah amanah.

Presiden Reuven Rivlin mengarahkan Netanyahu membentuk kerajaan campuran baharu bermula 17 April lalu dan diberikan tempoh selama 28 hari untuk berbuat demikian. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini