Affin Islamic tawar bantuan kewangan kepada pelajar akademi penerbangan - Utusan Malaysia

Affin Islamic tawar bantuan kewangan kepada pelajar akademi penerbangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 April – Affin Islamic Bank Bhd., anak syarikat milik penuh Affin Bank Bhd. menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi Pembiayaan i-Pendidikan dengan Akademi Latihan Penerbangan Malaysia (MATA) sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengukuhkan kerjasama dengan institusi akademik itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Affin Islamic, Nazlee Khalifah berkata, MoU itu bertujuan memberi bantuan kewangan kepada pelajar dalam pelbagai peringkat pendidikan tinggi menerusi penyelesaian pembiayaan menyeluruh dan inovatif yang merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial Affin.

“Pembiayaan disediakan menerusi program bersepadu bank yang menimbang keperluan kewangan pelajar. Kami mahu mendapatkan bilangan pelajar yang lebih besar,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Produk itu yang strukturnya berasaskan konsep Syariah Ijarah mengamalkan pendekatan tanggungjawab bersama dengan beberapa ahli keluarga atau penjaga dapat bersama-sama menyokong keperluan pendidikan seorang pelajar.

Produk berkenaan pertama kali dilancarkan pada Februari 2017 bermatlamat untuk membantu pelajar dalam perancangan pendidikan mereka di beberapa institusi pengajian tinggi terpilih di Malaysia. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini