INGIN merasai suasana di dalam rumah seperti di Perancis sempena sambutan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi? Apa kata hiaskan rumah anda dengan koleksi terbaharu daripada Avon iaitu Marseille Home Decor Collection.
Mencerminkan gaya tatarias yang elegan dan bersahaja ala Perancis, koleksi tersebut menampilkan motif bunga-bungaan dari Eropah dan dilatari rona biru yang melambangkan hamparan laut serta pesisir pantai seperti di kota Marseille.
Setiap produk dicipta untuk dipadankan dengan rona putih yang mendominasi dinding dan tatarias yang bukan sahaja popular di Perancis, malah turut digemari rakyat Malaysia.
Tidak perlu khuatir jika rumah anda didekorasi dengan konsep Scandi kerana palet warna Marseille cukup mudah dipadankan dengan hampir semua gaya tatarias.
Koleksi langsir, sarung bantal dan alas meja Marseille yang dihiasi dengan motif mawar, peoni, lavender dan bunga-bungaan desa diperbuat daripada fabrik ‘poli-jacquard’ yang tahan lasak, namun lembut dan selesa.
Dengan rona dan motif lembut yang dipancarkan daripada koleksi itu membuatkan rumah anda berasa lebih tenang dan nyaman sekali gus menyejukkan mata yang memandang terutama kepada tetamu yang datang berkunjung.
Marseille Home Decor Collection turut mengeluarkan set kaca opal dan akrilik bagi membangkitkan selera tetamu yang singgah ke rumah sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Set hidangan yang terdiri daripada 20 keping pinggan kaca opal dihiasi dengan motif bunga-bungaan Marseille.
Koleksi untuk hidangan itu juga terdiri daripada set balang kuih, jag, gelas serta tempat meletak kek yang diperbuat daripada akrilik dengan motif ala kristal.
Tidak lupa juga set kamar tidur iaitu selimut dan cadar untuk saiz bujang, ratu dan raja yang diperbuat daripada fabrik serat mikro yang selesa.
Setiap set menampilkan rekaan unik.
Nyalakan suasana musim bunga ala Bourgeois di kediaman anda pada Aidilfitri ini dengan Marseille Home Decor Collection.
Untuk mendapatkan koleksi tersebut, hubungi mana-mana wakil Avon, Butik Kecantikan Avon atau layari shop.avon.my.
Anda juga boleh hubungi talian bebas tol Avon di 1-800-22-AVON (2866).











