Ais krim 'Sweedties' dari rumpai laut - Utusan Malaysia

Ais krim ‘Sweedties’ dari rumpai laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 April- Rumpai laut yang dahulunya kurang popular dan hanya digunakan bagi menghasilkan produk kecantikan kini mempunyai potensi baharu dalam industri makanan.

Malah hasil laut itu juga kini mampu dijadikan ais krim menerusi inovasi Jabatan Perikanan dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

Ais krim ‘Sweedties’ yang dihasilkan oleh syarikat memproses makanan, QAF Foods itu mempunyai keenakan di samping khasiat tersendiri terutama untuk kulit serta mengawal berat badan.

Memuatkan artikel berkaitan…
PENGURUS QAF Food
PENGURUS QAF Food, Fifi Nurbaizura Mohd. Salim menunjukkan ais krim QAF Sweedties keluaran syarikatnya di Maeps Serdang Selangor hari ini. – UTUSAN ONLINE/ABDUL NAZIR MOHAMED 

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, inovasi itu adalah untuk mempromosikan industri rumpai laut bagi membantu meningkatkan permintaan dan pendapatan pengusaha serta membantu meningkatkan harga semasa bahan itu.

“Ia mempunyai potensi untuk pasaran tempatan dan eksport ke luar negara memandangkan kita ada hab rumpai laut di Semporna, Sabah.

“Kerajaan sentiasa menggalakkan usahawan menceburi industri pemprosesan makanan, sehubungan itu kita turut menyediakan padanan perniagaan dan kursus pembuatan aiskrim bagi melahirkan usahawan berpengetahuan, berkualiti serta berdaya maju,” katanya ketika ditemui pemberita dalam majlis pelancaran ‘Sweedties’ di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini