Sindiket pindah gas subsidi tumpas - Utusan Malaysia

Sindiket pindah gas subsidi tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT 30 April – Satu sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi yang baru memulakan aktiviti tersebut sejak sebulan lalu tumpas selepas kegiatan itu berjaya dihidu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Putrajaya.

Sindiket yang beroperasi di sebuah gudang disewa di Batu 15, Jalan Klang Banting, Jenjarom, dipercayai didalangi warga tempatan tetapi mengupah warga asing sebagai pekerja.

Dalam serbuan kira-kira pukul 5.30 petang semalam itu, dua pekerja warga Myanmar sedang leka membuat pemindahan gas yang bersubsidi 14 kilogram (kg) kepada 50 kilogram untuk dipasarkan kepada kegunaan industri.

Memuatkan artikel berkaitan…

Timbalan Pengarah Cawangan Operasi Khas KPDNHEP Putrajaya, Rosli Ahmad berkata, modus operandi yang digunakan sindiket adalah dengan menggunakan ais untuk aktiviti pemindahan gas.

TIMBALAN Pengarah (Cawangan Operasi Khas) Putrajaya, Rosli Ahmad bersama pegawainya melihat silinder
TIMBALAN Pengarah (Cawangan Operasi Khas) Putrajaya, Rosli Ahmad bersama pegawainya melihat silinder yang berisi cecair gas bersubsidi yang cuba di seleweng pihak tidak bertanggungjawab sewaktu sidang akhbar di batu 15 Jalan Klang- Banting, Jenjarom di sini hari ini. Hadir sama Pengarah KPDNHEP Selangor, Muhamad Zikril Azan Abdullah.  – UTUSAN ONLINE/ SHAHARANI SAIBI

Menurut Rosli, siasatan awal pihaknya mendapati ketulan ais itu digunakan bagi tujuan mencairkan dan pemejalwapan gas semasa proses pemindahan.

“Hasil serbuan, kita merampas sebanyak 221 tong gas 14 kg serta 30 tong masing-masing bagi 15 kg dan 50 kg yang dianggarkan bernilai RM55, 818.

“Selain itu, siasatan mendapati dua pekerja terbabit memasuki negara ini menggunakan pas pelancong. Kedua-dua mereka kini direman selama tujuh hari bermula hari ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini