Filem terlaris Korea Selatan ke pasaran AS - Utusan Malaysia

Filem terlaris Korea Selatan ke pasaran AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL 30 April – Filem Korea Selatan, Extreme Job yang meraih kutipan tertinggi sepanjang zaman di negara ini akan diarahkan semula untuk pasaran Amerika Syarikat (AS).

Menurut CJ Entertainment, mereka akan bekerjasama dengan Universal Pictures untuk menayangkan semula filem berkenaan di pasaran Hollywood.

Memuatkan artikel berkaitan…

HartBeat Productions yang diasaskan oleh pelakon komedi, Kevin Hart turut akan bekerjasama dalam projek tersebut.

“Hart sedang mempertimbangkan untuk berlakon dalam filem itu, tetapi belum disahkan lagi,” kata CJ Entertainment.

Extreme Job, yang diarahkan oleh Lee Byoung-heon mengisahkan tentang sekumpulan polis antidadah yang membuka restoran ayam goreng untuk mengintip rangkaian dadah terancang.

Filem terbabit mengutip hasil jualan tiket sebanyak AS$120.8 juta (RM499.6 juta) sejak ditayangkan pada Januari lalu. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini