Petronas intai pasaran Amerika tingkat rizab minyak - Utusan Malaysia

Petronas intai pasaran Amerika tingkat rizab minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 April – Petroliam Nasional Berhad (Petronas) mengintai potensi rantau Amerika bagi meningkatkan rizab dan mengekalkan kadar pengeluaran memandangkan sumber telaga di Asia Tenggara semakin berkurangan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata, pihaknya akan memperuntukkan perbelanjaan modal (capex) yang lebih besar untuk projek-projek di Kanada hingga Brazil selepas harga minyak kembali pulih dan penyiapan projek penapisan dan petrokimia.

Petronas pada minggu lalu bersetuju untuk membeli kepentingan dalam dua lapangan luar pesisir di Brazil sekali gus mengembangkan portfolio di wilayah Amerika.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Terdapat banyak peluang baharu untuk kami dalam dunia ini. Peralihan fokus ini tidak bermakna syarikat akan meninggalkan negara asalnya kerana masih banyak projek yang telah dirancang untuk Malaysia termasuk meningkatkan perbelanjaan dalam tenaga boleh diperbaharui,” katanya. – BLOOMBERG

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini