SK Taman Medan, SMK Sultan Abdul Samad juara Festari PJ 2019 - Utusan Malaysia

SK Taman Medan, SMK Sultan Abdul Samad juara Festari PJ 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 April-Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Medan dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abdul Samad, masing-masing muncul juara dalam Festari PJ 2019 bertemakan Cintai Warisan Seni Budaya anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang berlangsung di Auditorium, Dewan Sivik MBPJ, baru-baru ini.

Kemenangan itu membolehkan SK Taman Medan dan SMK Sultan Abdul Samad membawa pulang wang tunai RM4,000 beserta piala dan sijil.

Sekretariat Media, Unit Komunikasi Korporat MBPJ dalam kenyataan akhbarnya berkata, lebih bermakna kedua-dua sekolah turut menerima hadiah bagi kategori kostum terbaik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Festari merupakan pertandingan tarian yang mengetengahkan konsep tarian tradisional bagi memartabatkan kecemerlangan budaya di kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah.

“Selain itu, penganjuran seumpama ini juga dapat menarik minat para pelajar untuk terus melibatkan diri mempelajari seni tarian dan memberi pendedahan kepada golongan remaja untuk menjadi penyambung warisan seni budaya agar tidak luput ditelan arus permodenan.

“Festari PJ itu merupakan kali kesembilan dianjurkan oleh MBPJ selaras dengan matlamat Kerajaan Negeri Selangor untuk menjadikan Petaling Jaya sebagai bandar Kota Seni. Lebih menarik pertandingan pada kali ini diiringi dengan muzik latar yang dimainkan oleh kumpulan Orkestra Tradisional MBPJ,” menurut MBPJ dalam kenyataannya di sini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini