2 beregu campuran lepas halangan awal - Utusan Malaysia

2 beregu campuran lepas halangan awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 April – Dua pasangan beregu campuran negara tidak berdepan masalah untuk melangkah ke pusingan kedua kejohanan badminton Siri Jelajah Dunia Super 300 Terbuka New Zealand, hari ini.

Kejohanan pertama yang menawarkan mata kelayakan ke Sukan Olimpik itu menyaksikan pilihan ketiga, Goh Soon Huat-Shevon Lai berjaya mengetepikan cabaran wakil Singapura, Danny Bawa Chrisnanta-Tan Wei Han 21-11, 21-17.

Keputusan itu akan mempertemukan mereka dengan pasangan Taiwan, Lee Jhe Huei-Hsu Ya Ching yang mara selepas menundukkan wakil tuan rumah, Evan Wong-Jacqueline Yu 21-6, 21-4.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing turut ke pusingan kedua selepas menyingkirkan pilihan keenam dari Indonesia, Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari 21-18, 21-14 dan akan berdepan cabaran satu lagi wakil Indonesia, Akbar Bintang Cahyono-Annisa Saufika yang menyingkirkan wakil tuan rumah, Maika Phillips-Anona Pak 21-15, 21-17.

Bagi aksi perseorangan lelaki, perseorangan profesional, Chong Wei Feng akan memulakan saingan pusingan pertama esok menentang Ihsan Mustofa Maulana selepas berjaya melepasi dua aksi kelayakan selain Soong Joo Ven yang akan berdepan LEE Hyun Il selepas melepasi aksi kelayakan hari ini.

Sementara itu, Soo Teck Zhi gagal menempatkan diri ke senarai undian utama selepas tewas kepada Lakshya Sen 11-21, 12-21 dalam aksi kelayakan kedua.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini