Pameran teknologi peralatan Metaltec, 15 Mei ini - Utusan Malaysia

Pameran teknologi peralatan Metaltec, 15 Mei ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 April – Peminat peralatan pertukangan besi dijemput menghadiri pameran Metaltech iaitu pameran peralatan dan teknologi pertukangan besi yang akan berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini pada 15 Mei ini.

Pameran empat hari yang dianjurkan oleh UMB Trade Link Sdn. Bhd itu mengetengahkan inovasi dan teknologi terkini dalam penghasilan peralatan industri.

Menurut penganjur, pameran berfungsi sebagai platform yang dapat membina rangkaian korporat antara pengguna dengan pengeluar dan peluang perniagaan antara industri.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada tahun lalu, pameran dikunjungi oleh kira-kira 15,000 pengunjung dari hampir 40 buah negara.

Antara sektor utama yang akan menyertai pameran ini adalah pembinaan, pengeluaran, pemotoran, logistik, perabot, elektrikal, semikonductor, teknologi maklumat dan industri percetakan.

Maklumat lanjut mengenai acara ini boleh diperolehi di talian 03-97712688 – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini