3.92 tan gading gajah RM13.26 juta dilupuskan - Utusan Malaysia

3.92 tan gading gajah RM13.26 juta dilupuskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Sebanyak 3.92 tan gading gajah bernilai RM13.26 juta dilupuskan hari ini, kata Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. A. Xavier Jayakumar.

Beliau berkata, kesemua 3.92 tan itu adalah hasil daripada 15 rampasan dilakukan Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan agensi lain sejak 2011 hingga 2017 di lapangan terbang dan pelabuhan di negara ini.

“Barang kes kemudian diserahkan kepada Jabatan Perhilitan. Daripada jumlah tersebut, berat bagi gading lengkap dan separa gading ialah 3,692.4 kilogram manakala jumlah produk gading separa siap ialah 228.89 kilogram,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis pelupusan barang kes gading gajah di Pusat Kualiti Alam di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mengulas lanjut, Xavier berkata, beliau percaya Malaysia digunakan sebagai negara transit kepada aktiviti penyeludupan gading gajah daripada Afrika, yang dipercayai untuk pasaran China, Hong Kong dan Vietnam.

Pun begitu katanya, adalah sukar untuk mengesan pihak yang bertangungjawab terhadap aktiviti berkenaan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini