Rizab Malaysia RM426.19 bilion - Utusan Malaysia

Rizab Malaysia RM426.19 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 April – Rizab Malaysia pada akhir Mac 2019 tetap boleh guna dengan aset rizab rasmi berjumlah AS$103.01 bilion (RM426.19 bilion).

Jumlah itu berdasarkan format Standard Penyebaran Data Khas Tabung Kewangan Antarabangsa (SDDS IMF).

BNM dalam kenyataannya berkata, aset mata wang asing lain berjumlah AS$147.3 juta (RM609.44 juta).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Untuk tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing termasuk antaranya pembayaran balik berjadual peminjaman luar negeri oleh kerajaan dan pembayaran balik perolehan daripada Bil Antara Bank dalam mata wang asing Bank Negara apabila matang berjumlah AS$4.27 bilion (RM17.67 bilion).

“Kedudukan hadapan pendek berjumlah AS$14.23 bilion (RM58.88 bilion) manakala kedudukan hadapan panjang berjumlah AS$50 juta (RM206.87 juta) setakat akhir Mac 2019 mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam pasaran wang,” katanya di sini hari ini.

Data itu tidak termasuk unjuran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek berjumlah AS$2.55 bilion (RM10.55 bilion) untuk tempoh 12 bulan akan datang sejajar dengan amalan yang diterima pakai sejak April 2006.

Menurut BNM, satu-satunya saluran keluar bersih jangka pendek aset mata wang asing luar jangka ialah jaminan kerajaan bagi hutang luar negeri dalam mata wang asing yang akan matang dalam tempoh satu tahun berjumlah AS$350.9 juta (RM1.45 bilion).

“Tiada sebarang pinjaman dalam mata wang asing yang terkandung opsyen, kemudahan kredit belum digunakan dan kemudahan kredit tanpa syarat yang diberikan oleh atau kepada bank pusat lain, organisasi antarabangsa serta bank dan institusi kewangan lain.

“BNM juga tidak terbabit dalam urus niaga opsyen mata wang asing terhadap ringgit,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini