Masa depan Liverpool cerah - Suarez - Utusan Malaysia

Masa depan Liverpool cerah – Suarez

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA 30 April – Luis Suarez percaya masa depan Liverpool sangat cerah tetapi pada masa sama akan tetap memberikan cabaran besar kepada bekas kelabnya itu dalam saingan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara, awal pagi Khamis ini.

Barcelona dan naib juara edisi lalu, Liverpool akan berdepan di saingan empat terakhir dan menyaksikan bekas Suarez akan bertemu semula dengan bekas kelabnya itu.

Suarez menghabiskan tiga tahun di Anfield dan hanya meraih satu kejuaraan Piala EFL sebelum menyertai gergasi La Liga pada 2014.

Memuatkan artikel berkaitan…

Di bawah kendalian Jurgen Klopp, Liverpool menjadi ancaman baharu bukan sahaja dalam saingan Liga Perdana Inggeris tetapi juga Liga Juara-Juara musim ini.

Liverpool ketinggalan satu mata di belakang Manchester City dalam saingan domestik dan berbaki dua perlawanan untuk menentukan kejuaraan musim ini.

“Liverpool berada di kedudukan yang sangat baik dan memiliki masa depan cerah.

“Persaingan di England sangat sengit musim ini, sukar untuk ditentukan sama ada Liverpool atau City akan menjadi juara.

“Tetapi Liverpool ketika ini berada pada kedudukan terbaik untuk menjadi pencabar utama pada masa akan datang.

“Ketika kami hampir merangkul kejuaraan, banyak kekecewaan berlaku kerana ketika itu kami rasakan itu adalah masa kami dan kami tiada peluang lain.

“Sekarang ini, Liverpool ada pasukan yang kuat, pelaburan yang baik dan struktur yang cukup baik bukan sekadar untuk satu musim sahaja,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini