PPIM sokong kerajaan tubuh pusat sehenti pelabur asing - Utusan Malaysia

PPIM sokong kerajaan tubuh pusat sehenti pelabur asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 April – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyokong keputusan kerajaan untuk menubuhkan pusat sehenti bagi memudahkan kemasukan urusan pelabur asing ke Malaysia.

Ketua aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, ini kerana PPIM telah menerima banyak aduan daripada Pertubuhan Kebajikan Pelabur Antarabangsa Malaysia.

Beliau malah memberitahu, kerajaan perlu memandang serius mengenai perkara ini dan memberi tumpuan kepada para pelabur seluruh dunia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami ingin meminta kerajaan memandang serius aduan pelabur asing dari

seluruh dunia dan bukan hanya China sahaja,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ahad lalu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan sebuah

pusat sehenti akan ditubuhkan tidak lama lagi bagi memudahkan kelulusan permohonan daripada usahawan asing untuk menubuhkan perniagaan atau melabur di Malaysia.

Dr. Mahathir berkata demikian ketika berada di China untuk menyertai 36 pemimpin dunia dan peserta dari 130 negara China sempena Satu Jalur Satu jalan atas jemputan Presiden China, Xi Jinping.

Sementara itu, jurucakap Pertubuhan Kebajikan Pelabur Antarabangsa Malaysia

berkata, pertubuhan itu terpaksa mendapatkan bantuan PPIM yang membantu pelabur

dengan banyak isu birokrasi yang membebankan pelabur yang datang ke

Malaysia.

“Malaysia telah kehilangan pelabur ke negara-negara seperti Vietnam dan Kemboja dari segi daya tarikan pelaburan dan kecekapan kerajaan,” kata jurucakap itu.

Selain itu, tambah jurucakap berkenaan, perbezaan dasar dan polisi antara kementerian-kementerian juga menyumbang kepada masalah kepada pelabur asing. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini