DBKL lancar pelan hutan bandar.
 - Utusan Malaysia

DBKL lancar pelan hutan bandar.


Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 April – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini melancarkan Pelan Pengurusan Pokok Rendang sebagai panduan dan rujukan pengurusan ‘hutan bandar’ di ibu kota.


Nor Hisham Ahmad Dahlan. UTUSAN

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, pelan tersebut merangkumi tiga teras utama iaitu dasar dan polisi, garis panduan penanaman pokok rendang tepian jalan serta pelan penyelenggaraan pokok.

Beliau berkata, garis panduan yang kini boleh dirujuk di laman web pihak berkuasa tempatan itu merupakan sebahagian daripada usaha mengelak kejadian pokok tumbang di sekitar Kuala Lumpur.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Semua pemaju dan konsultan landskap diwajibkan supaya mematuhi pelan ini sebelum menghantar pelan mereka kepada DBKL bagi memastikan ia menepati amalan terbaik arborikultur.

“Sepanjang tahun lepas, sebanyak 4,340 aduan diterima berkaitan dengan masalah pokok termasuk pokok tumbang di seluruh ibu kota,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan pelan tersebut di Biro Pelancongan Kuala Lumpur.



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini