Micheal Ang peluk Islam lebih setahun - Utusan Malaysia

Micheal Ang peluk Islam lebih setahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pengarah filem dan drama terkenal Micheal Ang mendedahkan telah memeluk Islam lebih setahun lalu.

Dalam posting laman sosial Instagram terbaharunya sebentar tadi, Micheal mengharapkan semua pengikutnya mendoakan yang baik-baik untuk dirinya.

“Assalamaulikum! Saya Budak baru Kalau ada salah tlg tegur. Doa kan la Yg baik2. Maaf Kalau saya rahsiakan ni dah lebih dari setahun. Cuba I rasa pekara ni ada lah antara saya dgn Allah dan keluarga saya. Kalau nak tgk pengakuan saya tgk la video ni https://youtu.be/1LIc5-tT7og, ” tulisnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam akaun YouTube yang dinyatakan itu menyebut Micheal telah memeluk Islam dihadapan Ustaz Sheikh Hussein Yee dan Firdaus Wong.

“Sejujurkan ketika mendalami Islam banyak perkara yang harus dipelajari, saya tidak mahu perkara ini (memeluk Islam) diperbesarkan kerana urusan ini antara saya dan Allah,” ujar beliau melalui saluran YouTube itu.

Beliau turut mengalu-alukan tunjuk ajar supaya dapat menjadi Islam yang terbaik di jalan Allah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini