Perkasa terus desakan penubuhan RCI siasat kes Adib - Utusan Malaysia

Perkasa terus desakan penubuhan RCI siasat kes Adib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 April-Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) sekali lagi mendesak agar penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) disegerakan dalam menuntut keadilan terhadap kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim.

Ketua Wira Perkasa Malaysia, Burhanuddin Ruslan berkata, ini kerana terdapat banyak perkara mencurigakan dalam prosiding inkues kes kematiannya termasuk ugutan terhadap dua pakar forensik sebelum ini.

Selain itu katanya, proses prosiding tersebut juga mempunyai unsur campur tangan pihak luar yang boleh menjejaskan integriti institusi kehakiman negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami menggesa Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah dapat memberi pandangan dan melihat sekali lagi kes ini supaya RCI ditubuhkan segera ekoran beberapa perkara yang menjejaskan institusi kehakiman.

“Malah, tindakan Peguam Negara, Tommy Thomas memfailkan affidavit berkenaan kematian Muhammad Adib juga merupakan satu tindakan yang disifatkan sebagai mendahului keputusan inkues dan menghina serta mencabar institusi kehakiman,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan memorandum di Istana Negara di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini