Bursa Malaysia akhiri sesi dagangan pagi lebih tinggi - Utusan Malaysia

Bursa Malaysia akhiri sesi dagangan pagi lebih tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 April – Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi pada paras lebih tinggi berikutan aktiviti belian berterusan dalam saham mewah berkaitan indeks kewangan terpilih seperti Maybank, RHB dan Kumpulan CIMB.

Pada 12.30 tengah hari, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.32 mata kepada 1,640.72 daripada 1,637.40 semasa ditutup semalam.

Selepas dibuka 2.78 mata lebih rendah pada 1,634.62, indeks tempatan bergerak antara 1,634.54 dan 1,641.64 sepanjang sesi dagangan pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Di pasaran lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung iaitu sebanyak 379 berbanding 292, dengan 371 kaunter tidak berubah, 861 tidak diniagakan dan 51 lagi digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.16 bilion saham bernilai RM729.34 juta.

Seorang peniaga berkata kenaikan disokong oleh sentimen pasaran yang bertambah baik berikutan aliran dana dijangka berbalik semula ke dalam pasaran ekuiti Malaysia seawal pada suku ketiga tahun ini, didorong oleh ringgit lebih lemah, penyambungan semula beberapa projek mega dan kenaikan harga minyak sawit mentah.

Sementara itu, saham-saham Asia diniagakan lebih rendah dengan peniaga lebih berhati-hati menjelang pengeluaran data utama China yang akan memberikan petunjuk terhadap ekonomi kedua terbesar dunia itu.

Ekuiti di Nikkei 225 Jepun jatuh 0.22 peratus kepada 22,258.73, Hang Seng Hong Kong susut 0.48 peratus kepada 29,748.76, Straits Times Singapura merosot 0.37 peratus kepada 3,394.34, dan Kospi Korea Selatan turun 0.46 peratus kepada 2,206.23. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini