Polis Australia tahan seorang lelaki memiliki bahan letupan kimia - Utusan Malaysia

Polis Australia tahan seorang lelaki memiliki bahan letupan kimia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY 30 April – Pakar bom Australia sedang berusaha memusnahkan bahan ‘letupan’ yang ditemukan di rumah pinggir bandar Adelaide, selepas penahanan lelaki berusia 43 tahun.

Menurut polis Australia Selatan, lelaki tersebut dibawa ke mahkamah hari ini berdepan pertuduhan memiliki bahan letupan.

“Siasatan masih sedang berjalan dengan Unit Respons Bom digerakkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tiada ancaman atau bahaya kepada orang awam,”katanya.

Penyiar ABC melaporkan, lelaki itu telah mendapat perhatian pihak berkuasa awal tahun ini berikutan kenyataan anti-Muslim dibuat dalam media sosial.

Lapor media tempatan yang mana bahan letupan itu dipanggil sebagai Ibu Syaitan iaitu letupan kimia digunakan kumpulan-kumpulan pengganas.

Pemandangan dari udara menyaksikan pakar letupan meletakkan beg pasit pada sekeliling satu objek sebelum ingin memusnahkannya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini