Inkues Adib: Mahkamah Tinggi benar saksi-24 dipanggil semula - Utusan Malaysia

Inkues Adib: Mahkamah Tinggi benar saksi-24 dipanggil semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 30 April – Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan pegawai pengendali untuk memanggil semula saksi pakar dalam prosiding inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim.

Untuk rekod, saksi ke-24 yang ingin dipanggil ialah Pakar Bedah Forensik Hospital Kuala Lumpur, Dr. Ahmad Hafizam Hasmi.

Keputusan dibuat Hakim Datuk Ab. Karim Ab. Rahman itu sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Koroner sebelum ini menolak permohonan pegawai pengendali prosiding inkues yang berlangsung sejak 11 Februari lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hakim Ab. Karim dalam penghakimannya berkata, Koroner didapati membuat kesilapan dengan mengambil kira titik-titik tidak berakhirnya inkues.

“Saya bersetuju dengan pegawai pengendali untuk beri peluang kepada saksi ke -24 panggil semula untuk beri keterangan,” katanya.

Pada 22 April lalu, pegawai pengendali memfailkan semakan ke Mahkamah Tinggi bagi memanggil semula saksi ke-24 untuk memberi penjelasan selepas permohonan mereka dihadapan Koroner Rofiah Mohamad ditolak pada prosiding inkues lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini