Tiga ditahan miliki arak, rokok haram - Utusan Malaysia

Tiga ditahan miliki arak, rokok haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 30 April – Polis menahan tiga suspek terdiri daripada dua warganegara Nepal dan seorang rakyat tempatan dipercayai kerana memiliki arak dan rokok tidak bercukai.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow berkata, ketiga-tiga suspek ditahan dalam operasi yang dijalankan di Jalan Idaman, Taman Desa Idaman, Senai pada pukul 10 malam, semalam.

“Suspek yang ditahan berusia antara 18 hingga 30 tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Polis turut merampas pelbagai jenis botol arak dan rokok, selain wang tunai berjumlah RM2,529,” katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 32(1) Akta Eksais 1976, Seksyen 135 Akta Kastam dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963. – UTUSAN ONLINE

Habis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini