CBP perkenal logo dan perkhidmatan baharu - Utusan Malaysia

CBP perkenal logo dan perkhidmatan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram


KUALA LUMPUR 30 April – Co-op Bank Pertama (CBP) memperkenalkan logo baharu sebagai sebahagian daripada inisiatif transformasi jenama bank berkenaan. 

Pengerusi CBP, Kamari Zaman Juhari berkata, penjenamaan semula dan pertukaran logo baharu itu dijangka mampu membuka ruang untuk memperkukuh dan membentuk identiti syarikat sebagai bank koperasi syariah yang terunggul di Malaysia.

Beliau berkata, selain ìtu, CBP turut memperkenalkan perkhidmatan bank bergerak CBP sebagai antara inisiatif bagi meningkatkan capaian aktiviti perbankan kepada pelanggannya. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini merupakan satu daripada inisiatif strategik dalam memperluaskan perkhidmatan yang ditawarkan CBP kepada pelanggan yang berada di kawasan yang jauh daripada cawangan kami,” katanya pada majlis pelancaran logo baharu dan cawangan bank bergerak CBP, di sini hari ini. 

Yang turut hadir, Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini