Statut Rom tidak diperlukan - Utusan Malaysia

Statut Rom tidak diperlukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,
MERUJUK penjelasan Peguam Negara, Tommy Thomas pada 27 April lalu bahawa Yang di-Pertuan Agong selaku Panglima Tertinggi Angkatan Tentera tidak dikehendaki bertanggungjawab atas keputusan dibuat Perdana Menteri, Kabinet dan Kementerian Pertahanan berhubung perisytiharan perang.

Beliau merujuk kes bekas Perdana Menteri Britain telah dipanggil untuk siasatan perang Iraq dan bukan Ratu Elizabeth sebagai Raja Berperlembagaan, sedangkan baginda adalah Panglima Angkatan Tentera.

Bagi saya penjelasan itu tidak menjawab persoalan utama yang dibangkitkan iaitu apakah faedahnya Malaysia menandatangani Statut Rom? Perkara itu juga yang ditimbulkan oleh keempat-empat pensyarah undang-undang iaitu Prof. Datuk Dr. Rahmat Mohamad, Prof. Madya Dr. Shamrahayu Ab. Aziz, Dr. Fareed Mohd. Hassan dan Hisham Hanapi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ingatlah negara kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat (AS) juga tidak meratifikasi Statut Rom.

Sebab itu, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap negara berkenaan, contohnya jika Malaysia membuat aduan AS telah bersubahat menganiayai penduduk Palestin.

AS menentang sekeras-kerasnya ICC, malah pemerintah negara itu telah mengeluarkan ke­nyataan bahawa tidak akan memberikan visa kepada penyiasat ICC yang ingin masuk ke negara berkenaan bagi menyiasat jenayah perang yang dilakukan tenteranya di Afghanistan.

Bahkan, AS mengugut akan mengenakan sekatan ekonomi kepada mana-mana negara yang membangkitkan hal itu.

Sedarlah penyokong kerajaan Pakatan Harapan bahawa Statut Rom tidak diperlukan oleh Malaysia kerana tiada faedah kepada negara ini.

IBRAHIM
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini