Austria tempah slot separuh akhir Siri Akhir FIH - Utusan Malaysia

Austria tempah slot separuh akhir Siri Akhir FIH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 April – Austria mencipta kejutan apabila menempah slot ke saingan separuh akhir Siri Akhir FIH 2019 selepas meraih kemenangan 2-0 ke atas Wales dalam aksi terakhir Kumpulan A di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Kemenangan tersebut membolehkan Austria muncul selaku juara peringkat Kumpulan A dengan kelebihan jaringan biarpun berkongsi mata dengan pasukan tangga kedua, Kanada dan Wales di tangga ketiga.

Dalam perlawanan tersebut dua gol Austria dijaringkan oleh Dominic Uher pada minit ke-37 dan Florian Steyrer pada minit ke-55. – UTUSAN ONLINE

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini