Pesilat negara tuai lima emas di Belgium - Utusan Malaysia

Pesilat negara tuai lima emas di Belgium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Skuad pesilat negara menerima tonik terbaik menjelang temasya Sukan SEA Manila, Filipina selepas berjaya membawa pulang lima pingat emas, dua perak dan tiga gangsa di Kejohanan Pencak Silat Terbuka Belgium, Schoten yang berakhir hari ini.

Meskipun Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka) tidak menghantar seluruh barisan terbaiknya pasukan negara masih mampu melakukan kejutan apabila berjaya meraih empat pingat emas menerusi kategori silat olahraga dan satu daripada ganda puteri.

Pengurus pasukan silat negara, Zaihan Mohd. Isa berkata kejayaan tersebut adalah persiapan terbaik pasukan negara untuk menilai prestasi barisan pesilat terbaik untuk dibawa ke Sukan SEA Manila nanti.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Belgium adalah kejohanan antarabangsa pertama buat pesilat negara dan bagi saya keputusan terbaik seperti ini penting bagi mereka untuk mengilap teknik serta memperbaiki segala kelemahan yang ada. Bagi saya kejohanan seperti ini penting untuk memberi keyakinan kepada barisan atlet negara.

“Selepas ini kita bercadang untuk menyertai Kejuaraan Pencak Silat Asia pada Julai nanti dan Terbuka Malaysia (September). Dua kejohanan itu juga akan menjadi penilaian terakhir kami untuk mencari atlet terbaik bagi menggalas tugas di Manila nanti,” katanya kepada Kosmo! Online hari ini.

Lima pingat emas negara berjaya diperoleh menerusi pesilat terbaik negara, Muhammad Robial Sobri, Mohd Amir Izzat Khalid, Siti Shazwana Ajak dan Siti Rahmah Mohamed Nasir. Dalam kategori silat seni, Nor Hamizah Abu Hassan serta Nor Syazreen Malik berjaya merangkul emas dalam kategori ganda puteri. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini