KUALA LUMPUR 29 April- Sebanyak 45 individu ditahan polis kerana disyaki terlibat dengan pengedaran dan penagihan dadah dalam lima serbuan di sekitar Dang Wangi di sini pada 24 April hingga kelmarin.
Pemangku Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintenden Rudy Abdullah berkata, kesemua suspek ditahan terdiri daripada 38 termasuk lima wanita tempatan dan dua masing-masing warga Vietnam dan Myanmar.
“Dalam serbuan itu, kita turut merampas sebanyak 136.29 gram heroin, 50 biji pil erimin 5, 42 biji pil ekstaksi dan 11 paket plastik berisi methaphetamine seberat 8.4 gram.
“Kesemua tangkapan disiasat di bawah Seksyen 39B,Seksyen 39A (2), Seksyen 39A(1), Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Rudy, perintah reman kesemua tangkapan akan tamat esok dan mereka bakal ditudu di Mahkamah Kuala Lumpur.- UTUSAN ONLINE











