KUALA LUMPUR 29 April – Malaysia Airlines Bhd. (MAB) menawarkan potongan tambang udara sehingga 50 peratus serta manfaat perjalanan yang lain dan pilihan, bermula hari ini hingga 8 Mei 2019, menerusi kempen terkini, Ultimate Travelicious Deals.
Dalam kenyataan, syarikat penerbangan itu berkata penumpang ke destinasi antarabangsa boleh menikmati tambang promosi ekonomi pergi balik, dengan peruntukan bagasi 20kg, dari serendah RM379 ke Phuket, dari RM399 ke Kochi dan RM629 ke Bali atau terbang ke China dari serendah RM589 ke Nanjing, dari RM689 ke Hong Kong dan dari RM 1,089 ke Shanghai.
Destinasi lain yang ditawarkan termasuk Perth, Seoul, Tokyo dan London, manakala pelanggan tanpa bagasi, boleh menikmati tambang ekonomi sehala ke destinasi domestik bermula dari serendah RM69 ke Pulau Pinang dan Langkawi, dari RM99 ke Kuching, dan dari RM159 ke Kota Kinabalu.
“Tambang-tambang ini sah bagi perjalanan mulai hari ini hingga 31 Mac, 2020, dengan peruntukan bagasi kabin 7kg, makanan dan minuman ringan percuma, hiburan percuma dalam penerbangan tanpa fi kad kredit. – BERNAMA











