Dewan Negara: Perlu bina 38,333 taska tampung jumlah kanak-kanak - Utusan Malaysia

Dewan Negara: Perlu bina 38,333 taska tampung jumlah kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Negara memerlukan 38,333 buah Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) bagi menampung jumlah kanak-kanak di negara ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata, berdasarkan bancian yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2010, menganggarkan jumlah kanak-kanak berusia sehingga empat tahun pada tahun 2018 ialah 2.3 juta orang.

“Sekiranya kita beranggapan bahawa 50 peratus daripada kanak-kanak di Malaysia yang berusia 0 hingga 4 tahun memerlukan TASKA, maka negara kita memerlukan 38,333 buah TASKA bagi menampung jumlah kanak-kanak berkenaan. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Namun jumlah TASKA berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga Februari 2019 adalah 4,497 buah,” katanya ketika menggulung perbahasan Titah Diraja pada Persidangan Dewan Negara bagi kementeriannya di sini hari ini.

Justeru, bagi memastikan keperluan perkhidmatan TASKA mencukupi, beberapa inisiatif dilaksanakan seperti subsidi yuran pengasuhan sebanyak RM180 sebulan untuk seorang kanak-kanak yang hadir ke TASKA berdaftar dengan JKM bagi keluarga yang layak mengikut pendapatan isi rumah RM800 per kapita di bandar dan RM500 per kapita di luar bandar. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini