Jangan mudah jatuhkan hukum - Utusan Malaysia

Jangan mudah jatuhkan hukum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISU artis membuka tudung kebelakangan ini menjadi perbahasan hangat banyak pihak termasuk dalam media sosial.

Selepas kecoh mengenai pelakon Emma Maembong nekad membuka tudung selepas lima tahun berhijab, awal tahun lalu, kini radar kontroversi yang sama beralih pula kepada pelakon Fathia Latif.

Tidak mahu menjatuhkan hukuman tanpa mengetahui alasan sebenar mereka bertindak sedemikian, primadona filem Melayu, Erra Fazira, 45, berkata, setiap manusia akan diuji dengan ujian yang berbeza, namun orang ramai janganlah sewenang-wenangnya melemparkan kritikan terhadap mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setiap daripada kita mempunyai ujian masing-masing, begitu juga kami yang berada dalam kelompok artis. Mungkin pengalaman dan kematangan menjadi faktor mengapa mereka bertindak sebegitu.

“Saya tidak suka menjatuhkan hukum, pada saya setiap sesuatu yang berlaku pasti ada sebab dan musababnya yang tersendiri. Sedangkan orang yang melakukan perbuatan membunuh pun mempunyai alasan tersendiri, inikan pula wanita yang membuka tudung.

“Hanya dia dan Tuhan yang tahu, kita tidak akan faham apa yang mereka rasakan,” jelas Erra.

Melihat kepada kepesatan media sosial sekarang, menurut Erra, itu juga menjadi punca mengapa perkara begini menjadi besar dan mendapat perhatian ramai.

“Sekarang wujud begitu banyak media sosial sehingga menimbulkan perbalahan dan saling menghentam.

“Pada zaman saya dahulu, kes sebegini sudah wujud cuma tidak ramai yang memperkatakannya.

“Apa pun kita doakan yang terbaik buat mereka. Mungkin mereka memerlukan lebih nilai-nilai kerohanian untuk terus istiqamah,” ujar Erra.

Selain trend membuka tudung, Erra turut menegur kalangan artis yang menjadikan masalah kemurungan sebagai gimik untuk meletakkan nama mereka di dalam industri.

“Jangan buat main-main masalah mental atau kemurungan. Ia memang wujud dan boleh berlaku kepada sesiapa.

“Saya sifatkan mereka yang menggunakan alasan kemurungan untuk tujuan gimik sebagai tidak peka terhadap sensitiviti masyarakat. Mereka tidak matang,” katanya yang kini berkolaborasi bersama butik Sofearose untuk koleksi hijab terbaharu mereka yang diberi nama The Primadona Series.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini